Info Terkini

Monday, October 28, 2013

PAMERAN DAN PERTANDINGAN PROJEK PELAJAR SEMESTER AKHIR SESI JUN 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pameran dan pertandingan projek pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan elektrik telah diadakan pada 3 Oktober 2013 bertempat di Makmal Mesin Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah. Pertandingan tersebut diadakan berdasarkan objektif seperti yang berikut :
  • Menggalakkan pelajar menceburkan diri dalam bidang penyelidikan.
  • Memberi ruang kepada para pelajar untuk membentangankan hasil penyelidikan.
  • Menarik minat pelajar-pelajar dalam aktiviti inovasi melalui pameran.
  • Mengeratkan tali silaturrahim antara pelajar dan staf Politeknik Sultan Idris Shah.

Secara umumnya keempat-empat objektif ini telah tercapai dengan jayanya di mana program ini telah berjalan lancar dengan bantuan dan kerjasama dari pelbagai pihak. Semangat berpasukan yang telah ditunjukkan oleh para peserta disertai dengan kehadiran panel penilai dari pihak industri mememeriahkan lagi program tersebut. 

Para peserta terdiri daripada 17 pasukan terbaik hasil daripada penilaian pembentangan projek EE601 pada 26 dan 27 September 2013, di mana satu pasukan merupakan pelajar-pelajar daripada program Diploma Kejuruteraan Elektronik Perhubungan (DEP) dan yang lainnya daripada program Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer (DTK).  





Peserta di tapak pameran dan pertandingan projek

Pameran dan Pertandingan Projek Pelajar Semester Akhir ini telah dirasmikan oleh En. Amiruddin bin Mahmud, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Seramai empat  orang wakil dari pihak industri telah dijemput sebagai panel penilai luar bagi menilai projek-projek yang dipertandingkan. Senarai panel yang dilantik adalah seperti di bawah :
  • En. Fadzlie bin Nordin dari Tenaga Nasional Berhad (TNB), Janamanjung, Perak (Ketua Panel)
  • En. Shamsulhadi bin Mohammad Shabani dari Kapar Energy Ventures Sdn. Bhd, Selangor
  • En. Ashrol bin Sarip @ Shariff dari Malaysia International Shipping Corporation (MISC) Berhad, Kuala Lumpur.
  • En. Lim Kian Meng dari Megasteel Sdn. Bhd, Banting, Selangor.

Panel-panel ini mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam dunia industri serta kelayakan dalam bidang dan badan-badan profesional masing-masing. Selain bertujuan merapatkan lagi hubungan antara politeknik dan pihak industi, program ini telah berjaya mendedahkan kebolehan pelajar-pelajar politeknik kepada pihak luar. 


Pemenang Tempat Pertama

Pemenang Tempat Kedua

Pemenang Tempat Ketiga

Selain itu, diskusi, teguran serta perkongsian ilmu yang berlaku antara panel –panel penilai dan pelajar-pelajar secara tidak langsung dapat menyuntik semangat dan memberi inspirasi kepada mereka agar lebih berdaya saing pada masa hadapan. InsyaAllah. 


Para penyelia dan pemenang Pertandingan Projek Pelajar Semester Akhir.

Kesimpulannya, pameran dan pertandingan projek pelajar semester akhir ini telah berjaya melahirkan insan berinovatif, sesuai dengan Misi dan Visi Politeknik serta Jabatan Pengajian Politeknik. Hasil daripada kerjasama semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung, telah menjadikan program ini sebagai suatu sumber inspirasi dan cetusan idea kepada para pendidik dan pelajar seca keseluruhannya agar mengetangahkan lebih banyak projek dan ciptaan yang bermutu pada masa hadapan untuk dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi. 


Disediakan oleh:

(KARTINI BINTI MOHD ALI)                              
Setiausaha Program,
Pameran dan Pertandingan Projek Pelajar Semester Akhir Sesi Jun 2013, 
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Sultan Idris Shah

No comments:

Post a Comment