Info Terkini

Thursday, May 24, 2012

Misi Lawatan Kerja Ke Karangkraf


Pada Bulan Jun 2012, kami sebahagian besar Staf JKE, PSIS akan mengadakan lawatan kerja ke Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. Tujuan utama lawatan kami ke Kumpulan Media Karangkraf ini adalah untuk mendapatkan pendedahan dalam bidang penulisan dan penerbitan yang terdapat di Malaysia..

Berdasarkan keratan Akhbar Berita Harian bertarikh 8 Mei 2012 yang bertajuk “Program latihan penerbitan perlu diwujudkan”. Dalam keratan akhbar tersebut ada menyentuh tentang Statistik yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan jumlah penerbitan pada tahun 2011 hanya 17,000 judul buku sahaja. Justeru itu latihan penerbitan perlu diberikan kepada orang ramai khususnya kakitangan akademik untuk meningkatkan kemahiran mengarang dan penerbitan supaya dapat membantu negara mencapai sasaran 26,000 judul buku setahun.  
Sumber : Utusan Malaysia

Di Politeknik, bidang penulisan dan penerbitan masih kurang dikuasai oleh sebilangan besar pensyarah. Ini disebabkan pensyarah politeknik kurang diberi pendedahan tentang bidang ini berbanding pensyarah Universiti. Di Universiti bidang penerbitan sudah tidak lagi asing bagi setiap pensyarah disebabkan ia merupakan satu keperluan dalam pekerjaan mereka..
Sebagai sebuah institusi pendidikan yang mempunyai ramai kakitangan akademik.. Staf politeknik juga sepatutnya dapat memberi sumbangan dalam bidang penerbitan.. Secara tidak langsung dapat membantu negara untuk mencapai sasaran menerbitkan 26,000 judul buku setahun.

Semoga selepas mengikuti lawatan kerja ke Kumpulan Media Karangkraf ini, akan dapat memberikan semangat kepada seluruh staf di JKE, PSIS untuk menghasilkan penulisan dan seterusnya menerbitkan sekurang-kurangnya sebuah buku setahun..  


No comments:

Post a Comment