Info Terkini

Monday, April 15, 2013

Laporan Pameran Dan Pertandingan Projek Pelajar Semester Akhir


Pertandingan projek pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah didakan pada 11 April 2013 di Ruang Legar JKE, Politeknik Sultan Idris Shah. Pertandingan ini diadakan berdasarkan kepada objektif berikut:
  • Menggalakkan pelajar menceburkan diri dalam bidang penyelidikan.
  • Memberi ruang kepada pelajar membuat pembentangan hasil penyelidikan masing-masing.
  • Menarik minat pelajar dalam aktiviti inovasi melalui pameran.
  • Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar dan pensyarah.


Secara umumnya ke empat-empat objektif ini telah tercapai dimana program ini telah berjalan dengan lancar. Semangat berpasukan yang telah ditunjukkan oleh peserta-peserta yang telah membantu dari segi penyusunan dan pembahagian tapak pameran menjadikan program ini tersusun dan meriah. Para peserta yang terdiri daripada 13 pasukan terbaik daripada pemilihan hasil pembentangan projek di mana lapan pasukan daripada program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP) dan lima daripada program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK) untuk berentap bagi memenangi 2 kedudukan terbaik projek DEP dan DTK seterusnya merebut gelaran projek terbaik. 


Para pemenang bergambar kenangan bersama Pn. Nor Faizah dan panel dari industri 

Pameran dan Pertandingan Projek Pelajar Semester akhir ini telah dirasmikan oleh Pn Nor Faizah Binti Zailani, Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) mewakili Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik. 


Pn Nor Faizah Binti Zailani mewakili ketua Jab. Kej. Elektrik merasmikan program ini

Seramai empat orang panel penilai daripada pihak industri telah dilantik bagi menilai projek yang dipertandingkan. Panel-panel ini mempunyai pengalaman yang luas di dalam industri dan kelayakan di dalam badan-badan profesional. Selain bertujuan untuk merapatkan hubungan antara politeknik dan industri, ia juga dapat memberi pendedahan kepada pihak  industri akan kebolehan pelajar-pelajar politeknik. Penglibatan industri dalam pertandingan ini juga dapat menambahkan pengetahuan pelajar mengenai teknologi terkini yang digunakan di dalam industri. 

Keempat-empat panel tersebut adalah:

  1. Ir. Musa bin Misnan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Janamanjung,Perak (Ketua Panel Penilai)
  2. En. Shamsulhadi bin Mohammad Shabani daripada Kapar Energy Ventures Sdn. Bhd, Kapar, Selangor.
  3. En. Fadzlie bin Nordin daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Janamanjung, Perak.
  4. En. Izan bin Suhaini daripada Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd, Selangor.

Ir. Musa bin Misnan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Janamanjung,Perak menerima cenderahati daripada Pn. Nor Faizah

En. Fadzlie bin Nordin daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Janamanjung,Perak menerima cenderahati daripada Pn. Nor Faizah

En. Shamsulhadi bin Mohammad Shabani daripada Kapar Energy Ventures Sdn. Bhd, Kapar, Selangor menerima cenderahati daripada Pn. Nor Faizah
Berikut merupakan senarai pemenang Pertandingan Projek Pelajar Semester Akhir bagi sesi Disember 2012:

Projek bertajuk Motorcycle Stater System Using Helmet dinobatkan sebagai Juara bagi Kategori Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), DEP dan juga juara keseluruhan




Motorcycle Stater System Using Helmet


Projek bertajuk Solar RC Boat dinobatkan sebagai Juara bagi Kategori Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), DTK 

Solar RC Boat

Projek bertajuk Library Bot berjaya menjadi pemenang tempat ke 2 bagi Kategori Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), DTK 

Library Bot

Projek bertajuk AFA Bus Router Tracking Device berjaya menjadi pemenang tempat ke 2 bagi Kategori Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), DEP

AFA Bus Router Tracking Device 

 "Sauce Dispenser" (DTK) berjaya menjadi pemenang Tapak Pameran Terbaik



Sauce Dispenser

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga dengan kejayaan ini, akan dapat menyuntik semangat pelajar-pelajar projek akhir pada semester akan datang untuk menghasilkan projek yang lebih berkualiti. 

Selain itu, tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang terpilih untuk menyertai  program ini.  Walaupun tidak berjaya memenangi sebarang hadiah, tetapi projek mereka juga tidak kurang hebatnya. Berikut disenaraikan gambar-gambar projek lain yang turut mengambil bahagian dalam Pameran Dan Pertandingan Projek Pelajar Semester Akhir pada kali ini:

Automatic & Semi-Auto Whiteboard Eraser (DEP)



Parking System Using Microcontroller (DTK)


Portable Wireless Laptop Alarm Security (DEP)



Basic Electronic Component (DEP)


A Smart Skateboard With Wireless Remote Control (DEP)


Automatic Serve Robot Using Forklift System (DEP)


Smart Garbage (DEP)


Temperature Controller Fan (DTK)

Kesimpulannya, pertandingan projek pelajar semester akhir amat berkesan dalam melahirkan insan-insan berinovatif sesuai dengan Misi dan Visi Politeknik dan Jabatan Pengajian Politeknik. Dengan tercapainya ke empat-empat objektif yang digariskan menjadikan program ini akan dikembangkan dan dimeriahkan pada semester hadapan. Kerjasama daripada AJK yang terlibat juga memberangsangkan. Cadangan pada masa hadapan iailah dengan menjemput lebih ramai penilai dari industri menilai projek-projek yang berpotensi untuk diketengahkan seterusnya melayakan untuk permohonan-permohonan geran seperti FRGS atau PRGS.


Disediakan Oleh : Puan Anisah Bt Mohd Noor

No comments:

Post a Comment