Info Terkini

Monday, March 4, 2013

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH JUARA KATEGORI SIMUROSOT , PERTANDINGAN ROBOT BOLA SEPAK PIALA DEKAN FTSM KE 3 2013, UKM


Tarikh: 24-28 Feb 2013

Tempat: Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Pasukan Robot Soccer Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) melakar sejarah tersendiri setelah  berjaya menjadi Johan dan Naib Johan bagi dua kategori yang dipertandingkan dalam Pertandingan Robot Bola Sepak Piala Dekan FTSM ke 3 2013 anjuran Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM, Bangi yang telah berlangsung pada 24-28 Feb 2013 bertempat di FTSM, UKM, Bangi. 




Gambar Pasukan Robot Soccer PSIS 


Terdapat 3 kategori pertandingan yang dianjurkan iaitu Mirosot, Simurosot dan Hurosot. Pasukan dari PSIS telah menghantar penyertaan dalam pertandingan ini bagi dua kategori yang dipertandingkan iaitu Simurosot dan Mirosot. Pasukan PSIS telah berjaya menempah kejayaan dalam kategori Simurosot apabila merangkul kejuaraan dalam pertandingan yang disertai oleh 9 pasukan lain.

Piala Kemenangan Johan Kategori Simurosot

Pasukan Simurosot dari PSIS yang diwakili oleh Amirul Mukminin Bin Muhamad Yasin, Muhamad Izwannizam Bin Mohd Ruslim dan Mohamad Abdullah Bin Mohamed Ismail telah menunjukkan kehandalan apabila telah memenangi kesemua perlawanan sejak dari peringkat kumpulan lagi. 

Gambar : ‘Simurosot’ - Simulasi program menggunakan komputer

Gambar :  ‘Mirosot’ - Real Time  Robot Soccer 

Pada perlawanan pertama, pasukan PSIS telah menundukkan pasukan UKM A dengan jaringan 17-4. Seterusnya, pasukan PSIS telah mengalahkan pasukan dari PMM dengan jaringan 12-0, mengalahkan pasukan UKM B dengan jaringan 26 – 2 dan mengalahkan pasukan UKM C dengan jaringan 12 – 3 . Pada Perlawanan akhir bagi kategori Simurosot, pasukan PSIS telah berjaya menewaskan pasukan UKM A dengan jaringan 6 – 2.

Keputusan Penuh Perlawanan Bagi Kategori 'Simurosot'

Manakala bagi kategori Mirosot iaitu perlawanan Robot secara ‘Real Time’ pula pasukan PSIS telah mendapat Naib Johan. Perlawanan akhir menentang Politeknik Merlimau Melaka (PMM) merupakan pertandingan paling sengit apabila pasukan PSIS mula menyamakan jaringan gol setelah ketinggalan 0-2 kepada PMM pada separuh masa pertama. 



Gambar : Sekitar perlawanan kategori Mirosot

Kategori Mirosot lebih mendebarkan apabila tiba di peringkat akhir perlawanan


 Sehingga tamat masa pertandingan kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan seri (2-2). Oleh itu, pengadil mengambil keputusan untuk meneruskan permainan dengan “Golden Goal” di mana pasukan mana yang menjaringkan gol terlebih dahulu merupakan pemenang bagi perlawanan ini seterusnya menjadi juara bagi kategori ini. Perlawanan ini dimenangi oleh pasukan PMM kerana telah menjaringkan gol terlebih dahulu. 


Keputusan Penuh Perlawanan Bagi Kategori 'Mirosot'


Pasukan PSIS  yang diwakili oleh Ahmad Ridhwan Bin Mohd Kamil, Khairul Airil Bin Shaari dan Muhammad Rafiq Bin Abd Latiff bagi kategori Mirosot ini telah membawa pulang pingat dan hadiah iringan yang telah disampaikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat, Prof. Dr. Khairuddin Bin Omar. 


PENGURUSAN PASUKAN ROBOT SOCCER PSIS 

Penaung                                  : En. Sulong Bin Yahaya (Pengarah PSIS)

Penasihat                                : En. Lokman Bin Abbas (KJKE)

Pengurus                                 : Mohd Zul Fahmi Bin Mohd Zawawi

Pengadil Perlawanan              : Mohd Azizy Bin Adnan


Senarai Pelajar:

BIL
NAMA
NO PENDAFTARAN
1
AHMAD RIDHWAN BIN MOHD KAMIL
17DTK10F2056
2
MUHAMAD IZWANNIZAM BIN MOHD RUSLIM
17DTK10F1057
3
AMIRUL MUKMININ BIN MUHAMAD YASIN
17DNS10F2046
4
MOHAMAD ABDULLAH BIN MOHAMED ISMAIL
17DTK10F2054
5
KHAIRUL AIRIL BIN SHAARI
17DTK11F2025
6
MUHAMMAD RAFIQ BIN ABD LATIFF
17DTK11F2032



Pujian harus diberikan kepada pasukan dari PSIS kerana telah mempamerkan kebolehan untuk menggunakan aturcara yang telah dibina sendiri berbanding dari pasukan lain yang menggunakan aturcara yang telah tersedia dalam sistem kawalan Robot soccer. Pasukan ini telah mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan aturcara untuk digunakan dalam pertandingan ini. Pasukan Mirosot dari PSIS  nyata berpuas hati dengan pencapaian setakat ini dan bertekad untuk mengatasi kelemahan yang dikenalpasti dalam pertandingan yang baru berlalu itu. 

Kedua-dua pasukan berharap dapat mempamerkan aksi yang lebih cemerlang dalam Pertandingan FIRA Robot Soccer yang akan berlangsung di Politeknik Shah Alam pada bulan Ogos ini. Sokongan berterusan  dari semua pihak terutama Barisan Kepimpinan Tertinggi PSIS  amatlah diharapkan agar pasukan Robot Soccer PSIS ini akan terus cemerlang pada masa yang akan datang.
Sekian terima kasih.

Disediakan Oleh, 
En. Mohd Zul Fahmi Bin Mohd Zawawi
Pengurus pasukan Robot Soccer PSIS



No comments:

Post a Comment