Info Terkini

Monday, April 7, 2014

Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 1) 2014

Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Selangor sekali lagi diberi kepercayaan untuk menganjurkan Klinik UPSR Didik Berita Harian..


Klinik UPSR Didik Berita Harian di Daerah Sabak Bernam Selangor



Klinik UPSR Didik Berita Harian pada kali ini akan diadakan berdasarkan ketetapan seperti berikut:

Tarikh dan Hari :  19 & 20 April 2014  (Sabtu & Ahad)
Masa                :  8.00 Pagi - 6.00 Petang
Tempat            :  Dewan Syarahan Utama PSIS
Yuran Penyertaan : RM130.00/peserta

Klinik Didik Berita harian ini dianjurkan bersama oleh Politeknik Sultan Idris Shah, Didik Berita Harian dan PPD Daerah Sabak Bernam, Selangor.

Dalam klinik ini para peserta akan mendapat pendedahan tentang teknik belajar berkesan dengan penerapan elemen motivasi yang dibimbing oleh guru pakar bagi subjek:
  • Bahasa Melayu ( Pemahaman & Penulisan)
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains


Penceramah bagi subjek ini didatangkan khas oleh pihak Berita Harian yang terdiri daripada guru-guru pakar dalam setiap subjek. Klinik Didik UPSR Berita Harian telah berjaya membantu peserta-peserta sebelum ini mendapat keputusan UPSR yang cemerlang, sehingga menjadikan Klinik UPSR ini terus mendapat sambutan di seluruh negara. 

Selain mendapat pendedahan tentang teknik belajar berkesan, para peserta klinik ini juga akan mendapat:
  • Sijil Penyertaan
  • Kerta Kerja (Diberikan dalam aktiviti yang dijalankan)
  • Makan dan minum sebanyak 3 kali sehari

Tempat adalah terhad. Pendaftaran dilanjutkan sehingga 16 April 2014

Untuk urusan pendaftaran dan sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui no. talian seperti berikut:

No. Telefon :  

  • Anuar - 0165425547
  • Farhan - 0126550842
  • Anisah - 0192221054
  • Azizy - 0126380443
Pejabat :  03-32806331 



Penginapan untuk Ibu Bapa Pelajar di Luar Daerah Sabak Bernam

Sekiranya terdapat ibu bapa pelajar dari luar daerah Sabak Bernam yang berminat untuk menghantar anak mereka untuk menyertai Klinik UPSR Didik Berita Harian di Politeknik Sultan Idris Shah, terdapat hotel/bilik (asrama hotel) yang boleh disewa oleh ibu bapa.

1) Hotel Politeknik Sultan Idris Shah

Di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), kami ada menyediakan perkhidmatan Hotel dengan kadar harga seperti berikut:
  • RM50 untuk bilik Single
  • RM70 untuk bilik Twin Sharing
  • RM80 untuk bilik Deluxe
  • RM100 untuk bilik Superior

Nota : Diskaun harga untuk kakitangan kerajaan adalah sebanyak 50%

Hotel yang ada di PSIS merupakan Hotel latihan untuk pelajar, jadi tiada tempat makan di sediakan di hotel kami. Walaubagaimanapun para penyewa boleh membeli makanan di kafeteria atau kedai-kedai makan yang berhampiran dengan istitusi kami.


Pengalaman menganjurkan Klinik Didik UPSR Berita Harian Pada Tahun 2013


Pada tahun lepas kami telah berjaya menganjurkan Klinik Didik UPSR Berita Harian.. Jom kita lihat beberapa keratan akhbar dan gambar yang dapat kami kongsikan sewaktu menganjurkan Klinik Didik UPSR Berita Harian bagi tahun 2013..








No comments:

Post a Comment