Info Terkini

Thursday, May 10, 2012

Mikro Pemproses dan Pengawal Mikro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang ni saya bersama beberapa orang rakan sedang membangunkan "nota" untuk satu kursus baru yang akan kami ajar pada semester depan.. Kursus tersebut dikenali sebagai "Embeded System Application"..

Kursus ini berkisarkan tentang "Microcontroller" atau dalam bahasa melayunya  Pengawal Mikro...  Pengawal Mikro merupakan sebuah chip (IC) yang dapat digunakan untuk mengawal beberapa peralatan elektronik secara serentak atau secara berasingan dalam satu masa.. Jadi terpulang kepada kita untuk mengendalikan peralatan elektronik yang kita kehendaki.. Semuanya dapat dilakukan dengan bantuan pengaturcaraan yang ditulis pada  Pengawal Mikro..

Sebenarnya terdapat bermacam-macam jenis  Pengawal Mikro dekat pasaran.. Ada jenama Intel, Atmel, Motorolla, PIC dan sebagainya.. Dalam kursus yang akan kami ajar, kami akan menggunakan  Pengawal Mikro jenis PIC dalam keluarga PIC18XXX..

Jadi, saya kena buat sedikit kajian dan membaca daripada mana-mana sumber rujukan untuk menyiapkan nota-nota tersebut... Rujukan-rujukan yang akan saya gunakan, saya perolehi melalui internet dan juga buku rujukan di perpustakaan... 

Sekiranya anda berminat untuk mempelajari tentang pengawal mikro ini, anda boleh membaca sedikit info yang dapat saya kongsikan di bawah ini.. Selamat Membaca.. ;) 

Selain nota dan ebook.. terdapat juga beberapa maklumat tambahan lain seperti litar, perisian, source code, data sheet dan sebagainya yang boleh anda muat turun secara percuma..


PIC_MICROCONTROLLERS_ppt


Perisian Yang Di Gunakan:

Contoh-Contoh Projek Yang Menggunakan PIC Microcontroller:

Bahan Rujukan Lain:



Semoga sedikit ilmu yang saya kongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada anda semua.. 

Saya ingin mendapatkan sedikit maklum balas daripada anda, tentang pengawal mikro... Diharap anda sudi menjawab soalan-soalan di bawah dan menuliskan jawapannya pada ruangan komen yang disediakan.. 
  • Berapa peratus yang anda faham apabila membaca buku-buku pengawal mikro berbahasa Inggeris?
  • Adakah anda pernah menjumpai buku tentang pengawal Mikro ini yang ditulis dalam Bahasa Melayu? 
  • Adakah anda memerlukan buku Pengawal Mikro yang ditulis dalam bahasa Melayu?

Sekian, terima kasih..

1 comment:

  1. aku tak ajaq dah embedded....sedih hhuhhh....

    ReplyDelete