Info Terkini

Monday, October 28, 2013

PAMERAN DAN PERTANDINGAN PROJEK PELAJAR SEMESTER AKHIR SESI JUN 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pameran dan pertandingan projek pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan elektrik telah diadakan pada 3 Oktober 2013 bertempat di Makmal Mesin Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah. Pertandingan tersebut diadakan berdasarkan objektif seperti yang berikut :
  • Menggalakkan pelajar menceburkan diri dalam bidang penyelidikan.
  • Memberi ruang kepada para pelajar untuk membentangankan hasil penyelidikan.
  • Menarik minat pelajar-pelajar dalam aktiviti inovasi melalui pameran.
  • Mengeratkan tali silaturrahim antara pelajar dan staf Politeknik Sultan Idris Shah.

Secara umumnya keempat-empat objektif ini telah tercapai dengan jayanya di mana program ini telah berjalan lancar dengan bantuan dan kerjasama dari pelbagai pihak. Semangat berpasukan yang telah ditunjukkan oleh para peserta disertai dengan kehadiran panel penilai dari pihak industri mememeriahkan lagi program tersebut. 

Para peserta terdiri daripada 17 pasukan terbaik hasil daripada penilaian pembentangan projek EE601 pada 26 dan 27 September 2013, di mana satu pasukan merupakan pelajar-pelajar daripada program Diploma Kejuruteraan Elektronik Perhubungan (DEP) dan yang lainnya daripada program Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer (DTK).